Alhamdulillah kita masih bernafas sampai hari ini
InsyaAllah Kak Lia nak kongsi ngan anda semua tentang salah satu daripada 7 wasilah tarbiyah yg diperkenalkan oleh Imam Hasan Al Banna
Haaa mesti tak tau apa tu 7 wasilah tu kan? Dah tak payah nak pura2 pandai sangat laaa hahaha
1. Usrah
2. Rehlah / Jaulah
3.Daurah
4. Mukhayyam
5. Nadwah
6. Mabit
7. Muktamar
Haa tu la wasilah yg saya nak ckp tu.. Sebenarnya wasilah ini diasakan supaya kita tak bossan dalam mengikut tarbiyahh ini kalau tak asyik usrah usrah usrah la kann
Tipu la kalau x bosan kan haha
Jadi kali ini Jaulah Sahabat saya bersama murabi di sungai chongkak huhu
Dan sebelum tiba hari nak jaulah ini ada last test 1 iaitu biology
Stress bakhang T.T sbb 360 darjah rajah tak sama ngn buku rujukan
Lecterure yg buat sendiri T.T
Hmmm dan sebelum nak pergi jaulah pada esok harinya tu biasalah masalah stress tu selebungi saya
Takut kalau markah teruk :(
Dan InsyaAllah kalau kita join sesuatu yg merupakan majlis ilmu Allah kita akan jumpa sesuatu yg Allah nak bagi kan...
Jadi mungkin Jaulah Ssahabat kali ini akan mengajar saya sesuatu yang mungkin mengubah mindset saya dan menguatkan lagi matlamat hidup saya iaitu Redha Allah
Alhamdulillah selamat sampai di Sungai Chongkak area pukul 11.30 ... SubhanaAllah indah sungguh
indah kan tapi lagi indah kalau pergi tengok sendiri tu gambar hiasan tapi siyes tak tipuu lagi lawa kalau tengok sendiri ..haa jom jom jom
tapi before sampai situ dalam perjalanan
akak usrah ada beri soalan .. soalan pertama apa yg special pasal awak?
soalan kedua pasal apa yang menghalang diri daripada tarbiyah ni?
soalan pertama..
HAhahaha saya punya special yang unik .. bebel sesorg kalau something bersepah haha
soalan kedua...
majoriti saya dan ahli usrah lain cakap ialah study'
sebab hidup as student kan
dan sebelum jaulah gak akak usrah ada bagi task
seorg akan dapat sahabat time zaman rasulullah
Alhamdulillah saya dapat sahabat yg bernama
THUFAIL BIN AMRU BIN AD DAUSI
Nak cerita tentang sahabat ni sikit
Beliau seorg yg bijak pandai sasterawan penyair
Dikala ramai yg menjauhi Nabi... dek kerana terpedaya dengan cerita-cerita daripada org2 Quraisyh !!!
Lalu Thufail juga memilih utk menutup telinganya sendiri tatkala melakukan Tawaf.. Risau dan
Bimbang jikalau cerita org2 Quraisyh itu benar...
Tetapi ALLAH lebih sayangkan Thufail... cahaya hidayah diberikan kepadanya.. Untuk dia bersikap
lebih terbuka ..tiba-tiba dia melihat Rasulullah sedang beribadah dan cara ibadahnya berbeza dgn cara dia beribadah...
Katanya " Wahai Thufail, kamu seorang yg cerdik dan penyajak, Baik dan buruk ungkapannya tidak
terlindung kepadamu. Oleh itu apa yg menghalang kamu daripada mendengar kata-kata lelaki ini? Jika yg dinyatakanya baik, kamu terima dan jika kata yg buruk , kamu tinggalkan"
hidayah Allah pasti datang kepada kita seperti selalu... tetapi kadang-kadang kita sendiri yang tidak
ingin memberi ruang untuk hidayah itu datang dan mengetuk hati kita
Sangat best la dimana Sahabat ini grab hidayah yg Allah bagi tu ...Kalau kita contoh nya ada usrah ...ada kalanya kita tak nak grab pon peluang tu kita lepaskan jee bukannya apa
cuma takut kalau Allah dah tak bagi lagi hidayah tu :( Allahu
Time kat sana sangat tenang sebab ditemani dengan deruan air terjun yang laju angin sepoi kehijauan pokok pasir dan batu batu dan others..
Mereka sentiasa berzikir bukti nya dalam surah Al Isra ayat ke 44
''Langit yang tujuh,bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.Dan tidak ada suatu pon melainkan bertasbih dengan memujiNya,tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun"
Sangat best la kalau kita memahami ayat ini sebab bila kita mandi kat air terjun duduk kat batu kita dapat feel yg mereka sedang bertasbih kepada Allah :)
Tengah tunggu bas ke ktm pon boleh applykan
Dan time kat sana makan tengahari kami steambot sedap bakhang tak tau la tapi lapar kut time tuh mmg kenyanggg ... tau tak steambot tu gapo??
tak tau?
haha buat2 tau je laa haha
pastu tak ketinggalan jugak rasa sujud kat tanah .. kalau kita lupa sebenarnya kita ni asalnya daripada tanah bila cakap paasal tanah
mesti teringat kisah iblis yang taknak sujud pada nabi adam a.s kan??
So ingat kita kene hati hati dengan syaitan dan iblis yg dah bersumpah akan menyesatkan kita hingga hari kiamat
hanya bekalan iman dan taqwa sahaja dapat menepis godaan diaorg
pastu menu wajib kalau time rehlah ke jaulah ke yelah bbq ayammm!!!!
pernah buat tak?? haha kalau tak pernah jom pergi jaulah ke rehlah :) ajaklah murabbi korang
sekali lagi gamba hiasan tu haha nak tangkap gambar kat sana tak sempat tak terfikir pon sebab bila kita dah rasa mmanisnya ukhwah so takde ap dlm fikiran pasal snap tau haha
tapi ade je tangkap gamba hahaha
dan petang sebelum makan tu kami bercerita tentang task kami iaitu sahabat yang diberi oleh akak2 usrah
pentingnya sirah ni ialah sebab kalau kita baca sirah sahabat sirah Rasulullah sendiri dengan sepenuh hati insyaAllah kita akan lebih menanamkan rasa dakwah
nak kata pasal masalah nak join tarbiyah ialah study sebenarnya tak releven sebab sahabat2 dulu lebihkan matlamat dari alat
nak kata matlamat kita sebagai umat islam adalah syurga,redha Allah sendiri kan.. dan alat kita sebenarnya banyak je
study tu hanya salah satu
lagi??
masa kita pun alat
keistimewaan diri kita pon alat macam contoh saidina umar yg garang dan tegas tu ..beliau gunakan kelebihan tu untuk islam dalam mcapai matlamat
kita tak bole la jadikan alasan study tu sebagai penghalang...maksudnya alat tak bole lagi besar dari matlamat tauu
haaa kalau tengok video ni mungkin korang akan lebih jelas matlamat dengan alat tu
nak kaitkan dengan sirah ni kan kita tau ada 10 sahabat dijanjikan syurga kan mereka masuk syurga dengan cara mereka sendiri
mati syahid demi islam dan lain2
bukan dengan study ...exam bagus dapat masuk syurga kan???
lepas tu malam kat situ kami ditemani hujan yang agak lebatt
nak citer sebenarnya sebelom nak isyak tu dah mula kat area dekat dengan kitaorg ade karoke pulak
Allahu rabbi
Saat kami nak solat isyak sangat risau kalau tak khusyuk
sbab karoke tu kuat sangat
Tapi
Sebabkan nak jumpa Allah
Allah ada bersama kami ...Allah turunkan hujan yg lebat ditemani guruh dan petir serta deruan air sungai yang mengalir deras sehinngaa menenggelamkan bunyi karoke tu
Sangat best time tuu betapa Allah sayangnya hambaNya untuk mnghadap Dia kan??
Dan tatkala hujan yg turun akk2 usrah turut berkongsi ayat dari surah Ali Imran ayat 53
''Ya Tuhan kami,kami telah beriman kepada apa yang Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul,karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang yg mnjadi saksi''
haa tu lahh antara doa saat hujan
sangat best la bila kita pon mngharpkan hujan yg turun tu mnjadi saksi untuk kita di akhirat
Dan sebenarnya dalam jaulah kali ni saya ditemukan dengan sesuatu iaitu ada salah seorg akk usrah kata
''AWAK PANDAI MANA PON DALAM STUDY KE ,DOKTOR KE ... ALLAH TAK PANDANG SEMUA TU ALLAH PANDANG HANYA IMAN''
SubhanaAllah bila dengar tu segala resah saya tentang biology tu dah hilang
hmm nak kata kat sini matlamat kita sebenarnya Allah .
nak cari redha Allah
haaa paham ke??
ke tak paham??
InsyaAllah setakat sini dulu share saya pasal jaulah sahabat saya kali ini
betul ingatlah selagi Allah bagi peluang tu grab je jangan let it goooooo
sebab kita tak tahu bila lagi nak dapat peluang tu
kan????
^_^